Kisah yang Langka
"Assalamualaikum".
Daun pintu rumah dikuak perlahan. Tuan rumah menjenguk jenguk di sisi jendela. Lalu terlihat oleh si ayah, yang bernama Pak Man, akan seorang lelaki yang kelihatan asing di perkarangan rumah Pak Man.
"Eh, siapa pulak yang datang ni?" Pak Man bersuara.
Entah entah, yang datang ni nak meminang kot. Macam yang sebelum sebelum ni. Bisik Pak Man di dalam hati.
"Assalamualaikum pakcik. Saya datang ni membawa hajat."
Uish, dahsyat. Belum apa apa lagi, pemuda itu menuturkan kata kata spontan tersebut dari mulutnya.
"Tunggu sekejap", tutur Pak Man. "Boleh pak cik tahu, mana yang lain? Ada yang ikut ke? Jemput la naik sekali."
Maklum la, nak kenal kenal sebelum membawa hajat tu. Macam biasalah, anak ni, pakcik tak kenal lagi."
Tersenyum Pak Man.
"Saya nak cepat ni, tak boleh lama lama". Dengan nada tegas, pemuda itu bersuara.
Pak Man mendengus. Amboi, tak sabar sabar pula pemuda ini.
"Sekarang ni, saya nak dengar dari mulut Pak Man sendiri".
"Boleh ke tak boleh?".
"Pak Man cakap betul betul, boleh ke tak boleh!". Tiba tiba suara pemuda tadi bertukar bengis.
Kurang ajar! Dah la tak kenal sangat siapa. Entah dari mana datang.
Pak Man terus mendengus. Baru saja Pak Man nak buka mulut, tiba tiba.
"Ah, saya tak kira! Apa nak jadi pun jadi la!"
Pemuda itu menolak Pak Man sampai hampir terjatuh. Lalu terus dia menerpa nak masuk ke dalam rumah.
"Hoi! Kurang ajar punya jantan!"
Bergegar bunyi tapak kaki seseorang dari atas rumah.
"Kau panggil aku jantan? Kau tunggu ye. Nanti akan aku buat perhitungan dengan kau!"
Pemuda itu menerobos masuk melangkah ke dalam rumah Pak Man.
Dengan tiba tiba.
Pemuda tadi itu, terpegun pula dengan sosok tubuh seorang perempuan yang kelihatan cantik sekali. Ayu pulak tu. Macam tak padan dengan mulutnya yang lancang itu.
"Maafkan saya. Saya cuma membawa hajat". Lalu kali ini, pemuda tu dengan tersipu sipu malu membongkokkan sedikit badannya. Dan dengan sopan santunnya, pemuda itu melangkah.
"Tumpang lalu".
"Macam yang saya cakap tadi, saya membawa hajat".
"Sekarang ni saya nak tanya, Saya dah betul betul tak boleh tahan. Jamban mana jamban?"
"Iskh iskh, aku ingatkan membawa hajat, rupa rupanya nak membuang hajat?" Ujar si Merah, anak pak Man.
Maka, pemuda itu pun melepaskan hajatnya. Yang tahu itu tahu la.
Selepas pemuda itu menyelesaikan hajatnya, dia terus melangkah ke arah Pak Man. Bersalaman dengan Pak Man seraya berkata,
"Pak Man, izinkan saya menyambar bunga melati di tamaaaaan".
Belum sempat apa apa lagi, bunyi ambulans datang sayup sayup kedengaran.
"Din. Mari la ke sini. Semua orang tengah cari Din, semua orang sayang Din.
"Mari la ye. Din kena ikut kami. Kawan kawan di wad semua rindukan Din"
"Tidak, aku bukan Din. Aku lang, burung lang. Helang merah. Dah lama aku nak sambar bunga di taman, bunga melati warna merah, warna biru, warna ungu. Dah lama aku nak sambar bunga melati."
"Sudah la Din yea. Kalau nak sambar bunga, kena sembuh dulu. Sayap Din kan cedera. Kena la ke hospital untuk rawat sayap tu." Pujuk petugas hospital itu.
"Maaf yea Pak Man, Din ni terlepas dari wad. Puas kami cari, dia tak suka dengan tandas hospital. Tak sangka pula terlepas sampai ke sini".
Tamatlah kisahnya.