Aksara kedamaian
"Kedamaian milik kita bersama, amanah bangsa junjung selamanya". Lagu patriotik ciptaan Dato' Mokhzani, lirik oleh seseorang ini kembali berkumandang ke corong radio di halaman mindaku. Nama panggilan ku Merah. Aku suka dengan nama panggilan ini. Kerana Merah, bukan sekadar jenis warna. Kerana Merah, membawa maksud luhur, yang tidak mudah luntur. Merah juga, melambangkan semangat juang, hingga ke titisan darah terakhir. "Abi! Ummi!" Igauan mimpi rupanya. Akan tetapi, kenapa terasa seakan akan realiti? Di awangan itu, terlihat oleh aku akan sosok tubuh kelibat kedua dua insan itu. Abi dan ummi kedua duanya kelihatan segak dan berseri seri wajah mereka. Iya, mereka masih hidup. Bahkan lebih hidup dari aku dan manusia lain yang masih bernafas di bumi tuhan. Jeda. Di sisi lain, Amran memegang kain rentang. Lalu disangkutnya ke dinding yang bertiang besar itu. Di layar kanvas putih itu, aku terpaku dan terpana menyaksikan sajian kekejaman mereka yang bukannya lakonan...