Aksara kedamaian
"Kedamaian milik kita bersama, amanah bangsa junjung selamanya".
Lagu patriotik ciptaan Dato' Mokhzani, lirik oleh seseorang ini kembali berkumandang ke corong radio di halaman mindaku.
Nama panggilan ku Merah. Aku suka dengan nama panggilan ini. Kerana Merah, bukan sekadar jenis warna. Kerana Merah, membawa maksud luhur, yang tidak mudah luntur. Merah juga, melambangkan semangat juang, hingga ke titisan darah terakhir.
"Abi! Ummi!"
Igauan mimpi rupanya. Akan tetapi, kenapa terasa seakan akan realiti?
Di awangan itu, terlihat oleh aku akan sosok tubuh kelibat kedua dua insan itu. Abi dan ummi kedua duanya kelihatan segak dan berseri seri wajah mereka.
Iya, mereka masih hidup. Bahkan lebih hidup dari aku dan manusia lain yang masih bernafas di bumi tuhan.
Jeda.
Di sisi lain, Amran memegang kain rentang. Lalu disangkutnya ke dinding yang bertiang besar itu.
Di layar kanvas putih itu, aku terpaku dan terpana menyaksikan sajian kekejaman mereka yang bukannya lakonan. Mereka bukan saja buta hati, tetapi juga buta kemanusiaan.
Video berdurasi 10 minit itu benar benar mencengkam jiwa ku. Tergamaknya mereka.
Mengapa sekejam itu mereka memperlakukan warga manusia yang menduduki tanah yang didakwa the promised land itu?
Amran, seorang jejaka budiman yang baik budi.
Meski wajahnya sederhana sahaja, namun tutur kata dan bahasanya, serta kematangannya, serta caranya yang bersahaja, cukup untuk menawan hati Merah.
Merah berkenalan dengan Amran di sebuah dewan secara tidak sengaja.
Semasa Merah mengambil foto foto di dewan itu, Amran menyelit dan membuat isyarat supaya merah ambil fotonya sekali.
Merah pada masa itu ditugaskan oleh pihak pengantin, yang merupakan sepupu Merah juga, supaya dapat menolong ambilkan foto tetamu yang datang bertandang.
Sejurus majlis berlangsung, Amran mendekati Merah.
"Hai pemilik nama yang bermaksud puteri". "Tumpang lalu".
"Oh mak, terkejut den." Si Merah melatah.
"Anak Pak Man kan", tutur Amran.
"Alamak, mana tahu ni?" Merah terus tersipu sipu. Pipinya sedikit kemerahan menahan malu. Terasa mahu menyorok ke bawah meja.
Sebetulnya Merah benar benar terkejut. Dah la dia tahu nama betul Merah, dia kenal pula abah Merah. Sedangkan Merah tak kenal dia pun.
Tapi, sebelum dia berlalu pergi, sempat lagi Merah berseloroh. "Oit, jangan lupa tau. Sebut betul betul, jangan tertukar antara membawa hajat dengan melepas hajat."
Merah kenyit mata.
"Eh, ya Allah". Amran menguntum senyum.
Demikianlah perkenalan aku dengan Amran. Setelah sekian lama menjalin ikatan antara hati ke hati ini di dalam diam, akhirnya kami berjaya ke peringkat seterusnya. Dan Amran mengisytiharkan hubungan kami di khalayak ramai. Bersyukurnya kami pada masa tu, hanya Allah yang tahu.
Makanya, ia. Kami mempunyai matlamat yang sama. Aku dan Amran berdua berkhidmat di lapangan kemanusiaan. Kami mencari peluang bekerjasama dan berkolaborasi dengan organisasi yang sudah dikenali ramai. Kami juga menjadi urusetia yang menguruskan program yang berkaitan dengan kemanusiaan sejagat.
Rasanya hampir semua orang tahu tentang kisah Merah dan dia.
Bersambung selepas ini.